Isnin, 22 Oktober 2012

DEFINISI PIDATO


               Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.  Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.
            Secara amnya, pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan