Selasa, 19 Mac 2013

Teori Kedatangan Islam


            Islam telah mula diterima di Alam Melayu kira-kira seawal adab ke-7 atau ke-8 lagi. Namun terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengandaikan bahawa kedatangan Islam berlaku antara abadke-9 Masihi dan ke-10 Masihi. Malah ada juga yang menyasarkannya sehingga pada abad ke-13 Masihi dan ke-14 Masihi. Fenomena ini berlaku kerana terdapat pelbagai sumber atau bukti di pelbagai tempat. Dalam konteks teori kedatangan Islam, sekurang-kurangnya terdapat tiga teori utama kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
  1.  Dari tanah Arab hasil usaha para pedagang dan mubaligh.
  2. Dari India kerana hubungan hubungan erat tamadun India dan Alam Melayu.
  3.  Dari China dan Champa yang dibawa oleh pedagang Islam.

(Mohd Koharuddin Mohd. Balwi, 2005:90)

Isnin, 18 Mac 2013

PENDIDIKAN KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

MOTO PENDIDIKAN KHAS
No one left behind

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan asas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid denagn keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
  • Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  • Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  • Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  • Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  • Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat