Selasa, 19 Mac 2013

Teori Kedatangan Islam


            Islam telah mula diterima di Alam Melayu kira-kira seawal adab ke-7 atau ke-8 lagi. Namun terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengandaikan bahawa kedatangan Islam berlaku antara abadke-9 Masihi dan ke-10 Masihi. Malah ada juga yang menyasarkannya sehingga pada abad ke-13 Masihi dan ke-14 Masihi. Fenomena ini berlaku kerana terdapat pelbagai sumber atau bukti di pelbagai tempat. Dalam konteks teori kedatangan Islam, sekurang-kurangnya terdapat tiga teori utama kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
  1.  Dari tanah Arab hasil usaha para pedagang dan mubaligh.
  2. Dari India kerana hubungan hubungan erat tamadun India dan Alam Melayu.
  3.  Dari China dan Champa yang dibawa oleh pedagang Islam.

(Mohd Koharuddin Mohd. Balwi, 2005:90)

Isnin, 18 Mac 2013

PENDIDIKAN KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

MOTO PENDIDIKAN KHAS
No one left behind

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan asas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid denagn keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
  • Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  • Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  • Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  • Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  • Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

Sabtu, 23 Februari 2013

membanding beza antara cabang-cabang dalam falsafah pendidikan Barat


TRADISIONAL

                       ASPEK

          MAZHAB
KONSEP
MATLAMAT PENDIDIKAN
TUMPUAN
PERENIALISME
Secara semulajadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah.
Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi.
Kurikulum : Bidang Kemanusiaan dan kesusasteraan;
Guru : penyampai ilmu yang pakar;
Kaedah mengajar :
Didaktik;
Murid : penerima ilmu yang bersifat pasif.
ESENSIALISME
Penekanan diberi kepada perkara-perkara asas.
Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.
Kurikulum :Kemahiran asas (3M).
Guru :penyampai ilmu yang mahir.
Kaedah mengajar :didaktik
Murid :Penerima ilmu yang bersifat pasif.
                                                       

MODEN
                       ASPEK

          MAZHAB
KONSEP
MATLAMAT PENDIDIKAN
TUMPUAN
PRORESVISME
Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap perubahan.
Menghasilkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.
Kurikulum : Kebebasan memilih mata pelajaran yang diminati.
Guru : Pembimbing dan pengurus ;
Kaedah mengajar : Induktif;
Murid : Mencari ilmu dan bersifat aktif.
REKONSTURKTIVISME
Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.
Mengasaskan corak budaya baru.
Kurikulum :bidang sains sosial;
Guru : Agen perubahan;
Kaedah mengajar :berpusatkan murid;
Murid :Berani mencuba dan bersifat aktif.
EKSISTENTIALISME
Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
Tidak digariskan.
Kurikulum :Bidang estetik dan falsafah.
Guru : pemangkin ilmu.
Kaedah mengajar :Berpusatkan murid.
Murid :Penerima ilmu dan bersifat aktif.

Khamis, 31 Januari 2013


FALSAFAH PENDIDIKAN PROGRESIVISME
Oleh: Ziham Zawawi Mazlan

Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan adalah School of Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme ditubuhkan empat tahun kemudian. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak, barulah ia membawa kesan kepada pendidikan. Pada peringkat awalnya, ianya bersifat individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia menumpukan kepada perubahan sosial.

Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan essentialisme. Hal ini kerana progresivisme lebih menumpukan perhatian kepada dunia sekarang iaitu masyarakat masa kini. Progresivisme merupakan pendidikan yang berpusat pada individu dan memberi penekanan lebih besar pada kreativiti, aktiviti, belajar “naturalistik”, hasil belajar “dunia nyata”, dan juga pengalaman teman sebaya. Ia juga bermaksud memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konsisten. Segala kemahiran perlu di ajar kepada individu untuk membantu mereka mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah dan membolehkan individu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.
Dalam konsep progresivisme, matlamat pendidikan yang ditonjolkan ialah untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian (Keow, 2008). Individu yang berilmu dan berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul dalam lingkungan persekitarannya.
Implikasi teori progresivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru ialah guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Di sini, guru hanya sebagai pemerhati sahaja dalam kelas. Pendekatan seperti ini dipanggil sebagai pendekatan induktif dan amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami mata pelajaran tersebut. Selain hal itu, kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah merupakan kaedah yang diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme. Guru tidak hanya menyuruh pelajar menghafal dan mengingati sesuatu perkara, tetapi menyuruh mereka menyelidik sesuatu perkara dan menyelesaikan dengan sendiri untuk meningkatkan kefahaman mereka.

Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaniya. Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula pada tingkatan empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluas-luasnya. Cuba fahami situasi ini:

Sekumpulan pelajar membuat satu eksperimen tentang proses fotosintesis. Guru kelas mereka hanya sekadar membimbing kaedah berlakunya proses itu tetapi guru mereka memberi peluang kepada setiap pelajarnya untuk membuat penjelasan tentang proses itu.

Situasi ini menunjukkan guru itu memberi peluang kepada pelajarnya untuk mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan proses fotosintesis itu.

Dalam konteks progresivisme, seseorang guru berperanan sebagai seorang pembimbing dan membantu anak murid dalam apa jua aspek terutamanya dalam aspek akademik. Seorang guru juga perlu menjadi pengurus iaitu pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajarang kondusif dan menarik, mengemukakan soalan yang meransangkan pemikiran anak anak murid. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran matematik, guru memberikan soalan matematik yang bukan dalam persekitaran anak murid mereka. Ini bertujuan agar mereka memikir sesuatu yang baru di luar pemikiran mereka. Guru juga membimbing minat anak murid mereka ke arah yang produktif.Ini dapat menjadikan pelajar yang dilahirkan bagus dan berguna pada masa akan datang.

Isnin, 7 Januari 2013

dah lama tak kemaskini...
banyak sangat perkara yang berlaku...
apa-apapun...
al-Fatihah untuk arwah atuk yang tercinta...
semoga rohnya ditempatkan bersama dengan kalangan orang-orang yang beriman...
Amin....

Jumaat, 26 Oktober 2012

bru je pas balik outing kt Tesco...
msa kt kaunter pmbyrn...
tiba2 ak t,tarik mlihat sorg llki yg tgh mnemani mak nya mbeli belah...
skema...
bbaju jingga strike n bkaca mata bingkai hitam tebal...
syok tgo bdk 2...
sejuk mata ak tgo dia tlg mak dia angkat brg2 yg tlh d,byr...

hehehe... =)
ataupun ak sbnrnya yg ttarik ngan dia...
Wallahua'lam...

Selasa, 23 Oktober 2012

Definisi Ceramah


• Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan    sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran   atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala.
• Ceramah merupakan pengucapan tentang   bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut.
• Menurut Siti Hajar Abd.Aziz,  ceramah ialah proses komunikasi sehala atau dua hala dan khalayak berperanan sebagai pendengar. 
• Ceramah bermaksud sebagai satu komunikasi interpersonal yang disampaikan secara lisan tentang sesuatu perkara seperti ceramah tentang agama, politik, ekonomi dan sebagainya yang disampaikan oleh individu yang berkelayakan tentang bidang yang mereka ceburi.